Pages

2/24/11

cara mendapat syafaat nabi muhammad saw di akhirat


C


1.) Mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w
  • Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "
Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong kita di akhirat nanti. 

Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis
i) Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
ii) Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
iii) Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
iv) Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
v) Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.


2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w. (dengan izin Allah jua)
Hadis:
  • Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. "

3. Mendapat keampunan dosa dari Allah s.w.t.
Hadis:
  • Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. " 

Hadis:
  • Riwayat Ad-Dailami: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun. "

4. Diberi pahala dari Allah s.w.t.
Hadis:
  • Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah s. w. t. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya."

5. Mendapat ketenangan jiwa
Hadis:
  • Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu."

6. Mendapat rahmat dari Allah
Hadis:
  • Riwayat Muslim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali"

7. Mendapat hajat dunia dan akhirat.
Hadis:
  • Riwayat Ibnu Majar dari Jarir r.a. ; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunia. "

8. Digembirakan dengan syurga.
Hadis::
  • Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan matt sehingga dia digembirakan dengan syurga. "

9. Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w. di akhirat nanti.
Hadis:
  • Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan akupada hari kiamat adalah merekayang lebih banyak berselawat kepadaku"

 

Kelebihan selawat mengikut para ulama

1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2) Ditulis sepuluh kebajikan.
3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4) Diangkat sepuluh darjat.
5) Memperolehi kesempurnaan iman.
6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.
10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.
11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
16) Terhindar dari kefakiran.
17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.
19) Terhindar dari orang-orang bakhil.
20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22) Menjadi zakat dan pembersih diri.
23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.
28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
30) Terkabul segala hajat dan cita-cita. 



Gelaran orang yang tidak berselawat


i) Gelaran penghinaan.
Hadis:
  • Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku. "

ii) Gelaran bakhil (kedekut)
Hadis:
  • Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. "


>sekian entri hari ni, semoga kita mendapat syafaat daripada Baginda s.a.w dan limpah rahmat dari Allah s.w.t

KIAMAT SUDAH HAMPIR!!


FW: Tanda-tanda Kiamat Semakin Hampir

> > 1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
> > 'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
> > - Sahih Bukhari
> >
> > Hakikatnya : dah jadi dah...
> >
> >
> > 2) Zina bermaharajalela.
> > 'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
> > kiamat akan datang.' - Sahih Muslim
> >
> > Hakikat : dah nampak dah...
> >
> >
> > 3) Bermaharajalela alat muzik.
> > 'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terj! adi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah
> >
> > Hakikat : S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah²...
> >
> >
> > 4) Menghias masjid & membanggakannya.
> > 'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.
> >
> > Hakikat : memang dah nampak dah...
> >
> >
> >
> > 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
> > 'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak pe! rbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
> > tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.
> >
> > Hakikat : ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...
> >
> >
> >
> > 6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
> > 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal
> > padanya kecuali orang2 yang hina &! ; buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad
> >
> > Hakikat : boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...
> >
> >
> >
> > 7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
> > 'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh L!uka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh2 orang mulia' - Riwayat Thabrani
> >
> > Hakikat : lihat saja manusia bernama George Bush, Ariel Sharon....
> >
> >
> >
> > 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
> > 'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
> > dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad
> >
> > Hakikat : jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
> >
> >
> >
> > 9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
> > Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
> >
> > Hakikat : fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string, ala dedah tak abis-abis.)...
> >
> >
> > 10) Bulan sabit kelihatan besar.
> > 'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani
> >
> > Hakikat : tak caya gi tengok...
> >
> >
> > 11! ) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
> > 'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim
> >
> > Hakikat : try baca akhbar2 & majalah² yg popular skarang nie...
> >
> >
> > 12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
> > 'Sesungguhnya sebelum datang! nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad
> >
> > Hakikat : tengok kes peperangan Iraq dan terbaru, iran diheret ke penipuan Amerika dan Britian...
> >
> >
> >
> > 13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
> > 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim
> >
> > Hakikat : Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...
> >
> >
> >
> > MAKA DENGAN ITU, TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN² LAIN!
> >
> > Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:
> >
> > 'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

TIPS ELAK MENGUMPAT

Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..

1)Bila berkumpul dengan kawan-kawan..

dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.

Masa tu,kalau dah bersama,mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.

Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.

Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.

Masing-masing ada kekurangan.Cepat-cepat istighfar,sambil tu tegurlah kawan sama..Kalau tak dapat juga..sebaiknya kita pergi dari situasi ni.

2)Bila yang nak jadi moderator 'umpat2' tu kawan baik kita sendiri..

Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?

Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni..sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.

Tak payah lah cerita semuanya,tapi cuba fikir..rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga,lebih dari sepuluh?dua puluh?..jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang,sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.

3)Bila yang nak ajak mengumpat tu 0rang seni0r dari kita..

tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?

Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.

.sambil dia lafaz bait-bait mengata tu,kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.

Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas,supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya.InsyaAllah!

4)Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..

dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat,Jom ambil wudhu secara Tertib.

Masa nak kumur2 tu,bacalah doa.Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa..InsyaAllah.

Semoga dengan itu,segala niat buruk tu terbatal sendiri.

5)Kalau kita selalu terlupa tentangNya,apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat.Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?

Jadi..sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya..dengar bacaan alQuran ke..nasyid ke.

Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak..dah koyak ke..atau tersangkut kat mana-mana..

Sebab tu kita ada dua telinga..sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..

6)Bila nak mengata orang tu..cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu..agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..

Bila diumpat, boleh pula beri hadiah..siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan,paling tidak pun..mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.

Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita..bila kita diumpat,tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat..ada yang nak bagi pendapat.supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.

Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...

7)Terakhir,Minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.Semoga dengan nikmat air tu,kita akan ringan untuk memujinya.


ni serba Sedikit cara2nya..
semuanya bergantung pada niat masing2 untuk pelihara diri
dan jaga ukhwah sesama saudara..
semoga kita tergolong dalam golongan orang yg bersyukur atas nikmat.. :) :)
Renung2kan dan selamat beramal..