Hamba ALLAH S.W.T


Listen to Quran

Popular Posts

4/22/11

MESEJ ADALAH PINTU ZINA



suatu petang di sebuah kediaman..


aku sedang bersandar sebuah kerusi sambil membaca surat khabar..tiba-tiba, datang adikku dan duduk di sebelahku..


adikku lalu memulakan bicaranya : "akak, leh adik bertanya?"


aku lantas memandangnya dan tersenyum, terus sahaja aku meletakkan surat khabar di kerusi sebelahku..


"ada apa dik?"


adikku tersenyum keriangan : "akak, akak pernah bagi tahu adikkan, bahawa perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahramnya atau perempuan dengan lelaki bukan mahramnya adalah haram kerana mendekati zina, kan?"


aku tersenyum dan mengangguk..


adikku menyambung : "jadi, sebenarnya perhubungan bagaimana tu kak?"


aku tersenyum dan menggosok rambutnya : "yang adik faham bagaimana?"


kelihatan ada sedikit garisan kedut di dahinya seakan-akan berfikir..aku hanya tersenyum sendirian..


kemudian, adikku menjawab : "perhubungan yang diharamkan itu mungkin bertemu iaitu berdua-dua"


aku mengangguk : "kalau ramai-ramai bagaimana?"


adikku mengeleng : "tak tahu"..


aku tersenyum dan sekali lagi mengosok rambutnya : "adikku..


Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (Surah Al-Isra' ayat 32)..wallahua'lam..

firman Allah S.W.T ini adalah umum iaitu merujuk kepada perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahramnya atau sebaliknya..tidak kiralah dalam jumlah yang bagaimana pun, jika ia boleh mendekati zina, maka ia adalah haram..


seperti contohnya di dalam disko, ramai orang kan, tetapi adanya perkara atau hiasan yang boleh mendekati zina, maka haram adikku"..


adikku mengangguk, dan bertanya : "perhubungan yang bagaimana lagi yang dikatakan haram kak?"


aku tersenyum : "mesej"


adikku berkerut : "kenapa kak, bukan ke tak jumpa, kita tak tengok dia pun kak, macam mana boleh dikatakan haram?"


aku tersenyum dan merenung wajah adikku : "sebenarnya akak segan nak detailkan nya, tetapi sebab adik dah tanya, akak jawablah"


adikku terus mencelah : "eh, kenapa kak?"


aku terdiam seketika dan menjawab : "akak dulu pun pernah main mesej dengan lelaki bukan mahram, jadi segan pulak nak cerita kat adik"


adikku mengeleng : "tak boleh macam tu kak, akak ceritakan je, hal yang dah lepas kan dah lepas, akak juga cakap, kalau berdosa dengan Allah, minta ampun dengan Allah, melainkan dosa dengan manusia, perlu minta maaf dengannya kecuali mendatangkan fitnah dan masalah yang lebih buruk, baru terus memohon ampun pada Allah, tak gitu kak?"


aku tersenyum : "bagus adik akak ni..baiklah..


perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahram ni adalah haram dik, walau apa pun bentuknya, ia adalah haram kerana mendekati zina..sekalipun dengan mesej..


tulisan iaitu di dalam mesej adalah sama dengan ucapan, sebagaimana yang dikatakan "Alqolam ahadullisanain" (tulisan adalah salah satu media penyampai)..Oleh kerana itulah, segala yang dilarang diucapkan juga dilarang ditulis...


Bermesej dengan perempuan ajnabiyah atau bukan mahram, hukumnya sama dengan berbicara dengannya, jika bermesej dengan sesuatu yang dilarang syariat, maka haram hukumnya..sedangkan jika berguna dan tidak ada fitnah seperti bertanya suatu masalah, maka diperbolehkan..


namun di sisi ulama' tasawwuf, hal sebegitu juga boleh mendekati zina iaitu zina hati, maka sebaiknya dielakkan seperti bertanya sesama jantina"


adikku mengangguk : "oh, begitu ya, jadi mesej itu juga satu pintu zina ya kak?"


aku mengangguk dan mengeluh : "ya dik, jangan jadi macam akak dah lah, akak ni jahil dik, jahat pulak tu"


adikku mengeleng : "jangan cakap cam tu kak, kalau akak jahat, adik lagi lah jahat, kan adik ni adik akak, tak gitu kak? dan lagi satu, akak juga cakap, tak baik mengeluh kerana ia seolah-olah kita tidak redha dengan apa yang terjadi pada kita"


aku tersenyum, dan terus memeluk adikku : "terima kasih dik"


wallahua'lam..



Teringat aku tentang kata-kata ini.
"Kalau kita suka bersms dan call lelaki, insyaAllah kita akan dapat suami yang suka sms dan call dengan perempuan. Kalau kita suka keluar dengan lelaki, insyaAllah kita ada suami yang suka keluar dengan perempuan. Kalau kita suka menjaga diri, insyallah kita akan dapat jodoh yang suka menjaga diri. Pilihlah nak yang mana? Allah bagi pilihan walaupun ada konsep takdir. Takdir boleh berubah dengan usaha dan doa."
Wallahu'alam bissawab...
Hmm…perkara  ni  betul2  terjadi  dekat  aq…aq  berazam  dan   aq  x kan  buat   lagi  kesalahan  itu  untuk  kali  kedua…bru  aq tau  mesej  pun  dikatakan  haram…astaghfirullAhalazim….taubat  aq..insyaAllah…aq  akan  cube  sekuat  mampu  aq untuk  menjauhi  nya…dapat  pahala..alhamdulillah….:)

No comments:

Post a Comment